Kehidupan Zainab binti Khuzaimah

Beliau diterangkan berusia sekitar lewat 20-an, walaupun ada yang berpendapat beliau berumur 48,[5] beliau turut diperihalkan sebagai "wanita cantik".[6] Beliau dikenali dengan "sifat kemurahan dan dermawan" kepada faqir miskin.[6][7][8][9]

Zainab mula-mula mengahwini Tufail bin Harith, yang sama ada menceraikan beliau[10] atau meninggal sebaik selepas itu.[5] Zainab kemudian mengahwini saudara suami pertamanya, Ubaydah ibn al-Harith.[10] Pada tahun 624, suami beliau meninggal dunia selepas tercedera dalam Peperangan Badar, dan beliau mula hidup dalam kemiskinan.[10] Ibnu Kathir, dalam kitab Sirah beliau, merujuk yang suami pertama Zainab ialah Husain bin al-Harith, dan perkahwinan beliau yang kedua ialah Jahsy ibn Riyab, yang terbunuh dalam Peperangan Uhud.[11]

Terdapat banyak riwayat yang bercanggah tentang sama ada beliau dipinggirkan atau beliau menolak banyak tawaran untuk dikahwini.[10][12] Ada yang mengatakan beliau berkahwin buat kali ketiga, yang kemudian suaminya juga meninggal dunia.[5]